๐ข HEBAHAN RASMI YAYASAN TERENGGANU
SEMAKAN PANGGILAN UJIAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU (SMIYT) TAHUN 2027
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan panggilan Ujian Kemasukan Tingkatan Satu (1) Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Tahun 2027 boleh dibuat secara dalam talian mengikut ketetapan berikut:
๐
TEMPOH SEMAKAN
Bermula 15 Oktober 2026 (12.00 tengah hari) hingga 24 Oktober 2026
๐ PAUTAN SEMAKAN
https://kemasukanimtiaz.awfatech.com๐ TEMPAT UJIAN
TTI Convention Centre, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
๐ PERHATIAN KEPADA CALON
Calon yang layak menduduki ujian adalah diingatkan supaya:
1. Membuat semakan dan mencetak Slip Ujian Kemasukan Imtiaz.
2. Membawa salinan Kad Pengenalan Calon dan Slip Ujian Kemasukan Imtiaz semasa menghadiri ujian.
3. Hadir mengikut tarikh dan waktu yang ditetapkan dalam slip ujian. Sebarang pertukaran tarikh atau waktu adalah tidak dibenarkan.
4. Memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap, berkasut dan berstokin.
5. Membawa alat tulis sendiri termasuk pensel 2B semasa menduduki ujian.
6. Tidak membawa atau menggunakan kalkulator dan telefon pintar sepanjang ujian berlangsung.
7. Memastikan kehadiran ke pusat ujian mengikut arahan yang ditetapkan. Hanya calon dibenarkan memasuki pusat ujian.
โ ๏ธ PENTING
Calon yang gagal mencetak dan membawa Slip Ujian Kemasukan Imtiaz tidak dibenarkan menduduki ujian.
Calon dan ibu bapa/penjaga dinasihatkan supaya membaca serta mematuhi semua arahan yang dinyatakan dalam slip ujian bagi memastikan kelancaran urusan pendaftaran dan pelaksanaan ujian.
โ๏ธ SEBARANG PERTANYAAN
Yayasan Terengganu
Tel: 09-621 1800 / 09-621 1922 / 09-621 1929
E-mel:
[email protected]Helpdesk Sistem Pendaftaran
WhatsApp: 019-215 4562
Kerjasama dan perhatian semua calon serta ibu bapa/penjaga amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN PENGURUSAN IMTIAZ
YAYASAN TERENGGANU
โMembangun Nilai, Merintis Kejayaanโ